Anonymous
Sungguh memalukan untuk diri ini yang suka membuat janji manis (biasanya dikotakan) tapi kali ini tidak dikotakan. Kasihan melihatkan blog ini yang kelihatan comel molek kerana baru seciput kerana tidak ditambahkan lagi dengan input2 terbaru. Minta maaf kepada blog dan mungkin pembaca2 yang pada mulanya mahu setia kepada blog ni (tetapi melihatkan blog mcm hbs ink jek, so malas nk tgk2 dh). Semua kesalahan tudingla kepada saya ini, seorang hamba Allah yang lemah, yang selalu lupa dan perlukan tidur. Hakikatnya, memang terlalu banyak masa percuma atau pun masa terluang tetapi, hati, pemikiran, anggota lebih menumpukan kepada Facebook yang sentiasa menggoda jiwa dan nurani ku yang masih lg suci (don't be surprise).

Nampaknya, akibat kemalasan saya ini, terpaksala menggabungkan blog berbahasa inggeris bersama blog ini. Bukan mahu membuka pekung di dada, tetapi kerana minat yang mendalam terhadap bidang penulisan, saya perlu memikirkan cara yang mudah yg tidak akan menyebabkan saya semakin malas. Jadi, nantikanlah blog saya yang akan datang yang mempunyai input yang lebih bermakna. Bukan senang tau nk type bile kite dh cuti2 ni. Sebab kalau type tu mcm bwat assignment pulak. Sekian