Ikhwan
Hai Blog,

giler lama x update. Bukan x nak tp malas nk bwatla. Ape2 pun, this time around, I will be rilex and sempoi and xde poyo2 sgt guna BM yg perfect.

Anyway, yesterday, semalam tgk movie ni Julie and Julia but unfortunately, just halfway through due to the internet yg lembap last night, dont know why.

Anyway, it's about Julie Powell bwat satu blog, die masak 524 recipes in 365 days from the book written by Julia Child. Isn't it interesting? I find it very interesting for me because I am like Julie Powell literally sebab she has problem with doing something. Always half way through like me. So, die setkan deadline utk blog die iaitu 365 hari. So, walau ape2 pun, die tetap akan selesaikan dlm mase setahun jugak. So, skrg ni rasenye nk ikut mcm ape yg die buat.

I will do my blog with a purpose, bukan casually do mcm if i want to do, i will do, vice versa, NO! But, still dont have any idea what to start. Xkanla nk masak mcm Julie Powell. Bahan2 xde pun lgpun bukan pandai masak sgt. Nk bwat ape lg eh? Entahla. Still ade bnyk mase nk pk (mayb kena set deadline gak utk pk ape benda nk bwat)

Harap2 akan berhasillah ye...
Anonymous
Dear Blog,

I know it's a shameful act. i should not steal this page from Ikhwan and moreover this is his alter ego who loves to use english as his form of communication(even tho his english is really bad). Anyway, actually i dont really mind if him write something on my blog (Living Life to Live). It seems no one cares about that blog anyway. That is why I decided to commit this sin that he created by himself. (lagipun bukan masuk neraka pun). It's ok if u dont understand pun...

Wow! What a life. I stopped posting any blog since last May i think (see, i dont remember kot) and now back in Malaysia. I can't deny the fact that my life in Malaysia is way better than US. here, i have my beloved family, my best friends and most importantly the food. Yes! as u all know (I assume u guys know) I love to eat. I eat a lot u know! I gain 7kg since i got back and not shy to tell u guys how biggest gainer i am (even tho I love watching Biggest Loser on Hallmark)

Thanks to my family. I know I can't live without them. And my best frens, Amy, Minu, Ezzanie! U made my life again. it feels like a reincarnation from a sad and somberful with extra sourness and loneliness in US. Here, i can call them whenever I want, and meet them. I met them last month and it was a blast moment. A gift from Allah I'm sure. I used to forget how cheerful I am when I was with them in high school. i also forget how to laugh with a real laughter. I love them so much (that's the case because I dont have any gf). They are my partners in crime because we do a lot of crime when we are together.

Now, August has finally came to my life. It's hard to resist the fact that, 22 aug is just around the corner. yes! It's really painful to look at the calendar and drag through my list (things to buy to bring to US). It's hard u know! It's not easy. I'm not like every body else who study overseas. Most of them go abroad with a group of people. Me? I came with these 3 gud buddies but they like to do the thing themselves. And I'm not that kind of person, u c. It's really hard even though I have a good buddy from India and Malaysians friends. But they are not like me or my best frens either.

But life must go on. I need to face reality. This is life. You have to learn how to live by urself n not being urself. And this 22, I come back to US with a big hope. i wish, things will get better. And I will get more friends to cheer up my life.

And, sorry again Ikhwan, for using ur blog. n lgpun I'm just ur alter ego ok!
Anonymous
Sungguh memalukan untuk diri ini yang suka membuat janji manis (biasanya dikotakan) tapi kali ini tidak dikotakan. Kasihan melihatkan blog ini yang kelihatan comel molek kerana baru seciput kerana tidak ditambahkan lagi dengan input2 terbaru. Minta maaf kepada blog dan mungkin pembaca2 yang pada mulanya mahu setia kepada blog ni (tetapi melihatkan blog mcm hbs ink jek, so malas nk tgk2 dh). Semua kesalahan tudingla kepada saya ini, seorang hamba Allah yang lemah, yang selalu lupa dan perlukan tidur. Hakikatnya, memang terlalu banyak masa percuma atau pun masa terluang tetapi, hati, pemikiran, anggota lebih menumpukan kepada Facebook yang sentiasa menggoda jiwa dan nurani ku yang masih lg suci (don't be surprise).

Nampaknya, akibat kemalasan saya ini, terpaksala menggabungkan blog berbahasa inggeris bersama blog ini. Bukan mahu membuka pekung di dada, tetapi kerana minat yang mendalam terhadap bidang penulisan, saya perlu memikirkan cara yang mudah yg tidak akan menyebabkan saya semakin malas. Jadi, nantikanlah blog saya yang akan datang yang mempunyai input yang lebih bermakna. Bukan senang tau nk type bile kite dh cuti2 ni. Sebab kalau type tu mcm bwat assignment pulak. Sekian
Anonymous
Aduhai blog,

Hari ini kembali ke laman web Kehidupanku. Web ini dicipta olehku bukan semata-mata untuk menulis diari dan memaparkan kepada para pembaca. Namun sekadar mahu berkongsi perkara-perkara yang membuatkanku teringat-ingat sepanjang hari.

Hari ini, merupakan hari yang normal bagi saya. Seperti biasa tanpa perkara menarik pada mulanya. Malah tertekan pula dengan matematik yg macam agak merepek dan pop kuiz geology yang membuatkan saya akan mendapat kosong. Kali ini benar-benar kosong. (tension!). Nampaknya selepas ni, kenalah berwaspada dan sentiasa mempersiap diri sebelum masuk kelas geo.(geram! camni susah nk dpt A)

Kemudian dalam kelas economics, pada mulanya seperti biasa. Tidak lama kemudian bertukar gamat. Professor yang kelihatan serius tetapi sgt pandai berlawak(terbaik!). Membuatkan saya tergelak dan tergelak sepeti baru pertama kali tertawa kat muka bumi ni. Sekurang-kurangnya menceriakan diri saya yang tertekan di sebabkan kelas geology.

Kemudian, berlakunya satu peristiwa yang akan terus kekal dalam ingatan saya sampai bila-bila. Setelah tamat kelas ecnomics, saya menuju ke UA MALL (taman kat campus) untuk menunggu shuttle dari tempat tinggalku. Sambil mendongak ke langit, muzik yang aku gemari diputarkan di telingaku oleh IPOD Touch yang saya sayangi. Malangnya, perut pula meragam bukan kerana hendak ke tandas tetapi kerana perut yang kosong. ok, kemudian seperti biasa, saya melihat orang sekeliling dan memerhatikan gerak-geri mereka (mmg satu hobi especially tgk org2 US yang mcm2 jenis. Lawa, gemuk, cantik, handsome, hodoh, matang, tough, sexy, gedik, etc.). Tiba-tiba mata saya terpaku pada seorang pelajar perempuan yang duduk di anak tangga pintu depan bangunan dengan anjing yang besar dan comel di sebelahnya.

Lama saya memerhatikan nya, dan dia nampaknya tidak memiliki penglihatan seperti orang-orang yang lain (buta). Ini bukan kali pertama saya ternampak beliau cuma sebelum ini selalu nampak kelibatnya di kereta OKU hak milik kampus. Dia kelihatan resah mungkin menanti ketibaan kereta tersebut. Hmmm. Mata saya tidak boleh terlepas daripada melihatnya. Dia resah. Dalam hati saya menyatakan, pastinya dia sudah terlambat untuk ke kelas seterusnya. Lantas perasaan simpati mencurah-curah. Jika dia sepertiku, dapat melihat seperti manusia-manusia yang lain, pastinya dia tidak perlu risau begitu. Malah boleh sahaja berlari-lari anak ke kelas seterusnya. Namun, kerana dirinya yang kurang upaya, semuanya menjadi sukar.

Kemudian, kereta tersebut tiba dan pemandunya mengiringi pelajar tersebut sambil tangan kirinya menuntun anjing tersebut dan berlalu pergi. Peristiwa ini, biasa sahaja namun begitu memberi kesan yang mendalam pada diri saya. Walaupun penglihatannya membatasi pergerakan, dia tetap bersemangat untuk mendapatkan pendidikan yang dia berhak miliki. Tanpa menghiraukan tanggapan orang ramai terhadap kekurangannya. Peristiwa ni benar-benar menyedarkan saya. Tiada apa-apa yang mustahil di dunia ini. Jika kita susah, ada orang lain yang lebih susah. Jadi berhentilah mengeluh. Saya perlu berhenti mengeluh dan mempersoalkan segala kekurangan yang ada pada diriku. Jika saya tiada teman rapat di kampus, pelajar tersebut hanya ada anjing kesayangannya sebagai teman. Jika dia ada sahabat sekalipun, dia tidak dapat menikmati wajah dan gerak-geri sahabatnya seperti yang saya dapat rasakan. Kesimpulannya, kita patut bersyukur.

Semakin jauh kita berjalan dan semakin dewasa kita di dunia, semakin banyak yang akan kita lihat dan semakin banyak yang akan mengajar kita erti kehidupan. Sekian
Anonymous
Aduhai Blog,

Setelah 19 thn hidup di atas muka bumi ni, sekarang baru terasa bagaimana hidup sebagai orang dewasa yang perlu menguruskan hidup secara berdikari terutamanya berkaitan dengan wang. Hakikatnya, bukan mudah hidup seperti orang dewasa dan baru kini terasa bagaimana peritnya mak dengan abah yang bertungkus lumus menyediakan duit yang secukupnya demi kehidupan keluarga yang lebih bermakna

Semalam menjadi batu penanda betapa risaunya saya apabila terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang sebegitu banyak sedangkan duit di bank berteriakan meminta tolong supaya tidak lagi di sentuh. Namun, semalam memang suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan.

Semalam merupakan hari yang begitu gembira kerana sejak sekian lama berada di Tucson, jarang untuk para pelajar Malaysia berkumpul bersama untuk berada di meja makan (kat restoran Malaysia pulak tuh). Malangnya, harga-harga makanan di restoran tersebut agak tinggi harganya dan perkara tersebut tidak dapat dielak kerana perutku yang meragam memaksa diriku untuk makan sahaja.

Hakikatnya, duit amat diperlukan untukku pulang ke Malaysia pada bulan Mei nanti dan sesungguhnya, perbelanjaan pada malam semalam sedikit sebanyak mempengaruhi planku untuk menabung (nk book ticket). Sukarnya hidup bersendirian.

Sebaliknya, peristiwa semalam dan juga hari-hari yang sebelumnya, memberi pengajaran yang bermakna kepada diri saya. Pengajaran yang boleh di guna pakai tatkala dewasa.
Pengjaran yang boleh digunakan sewaktu dikelilingi orang-orang berkemampuan. Terasa kecil pula, namun harus disedari, saya bukan keseorangan. Ramai lagi di luar sana yang tidak berumah.

Pengembaraan di LA membuka mata saya tentang istilah "bumps" dan "homeless". Di setiap ceruk kota LA yang kelam dan sunyi pabila mala, mereka berkeliaran mencari makanan dan sedikit wang. SUngguh sedih melihat mereka. Dan di Santa Monica juga menyentuh hatiku, apabila melihat seorang pak cik tua tidur di atas kerusi kesejukan. Pada ketika itulah, Athira (rakan yang baru ku kenali) menceritakanp pengalamannya bertemu seorang pak cik tua yang tidak berumah kerana tidak mampu membayar mortgage. Dan dia juga seakan-akan berputus asa apabila isterinya meninggal dunia. Malangnya lagi, hubungannya dengan anak-anaknya tidak utuh. Akhirnya, tinggal lah beliau berumah di jalanan.

Keadaan ini juga dapat dilihat di Tucson walaupun tidak sebanyak LA. Mungkin di Malaysia lebih teruk dan saya tidak menyedarinya. Beginikah kehidupan? Dan diharapkan jika perkara tersebut menimpa diri ini, saya tidak akan sekali-kali berputus asa dan mohon-mohon dijauhkan.

Sekian
Anonymous
Ayuhai Blog,

Kenapa tiada keyakinan diri sedangkan diri ini mengaku berkeyakinan tinggi?
entahla. Itula masalahnye. Dlm segala gerak geri ataupun tindakan kat facebook ke, friendster ke, semuanya macam berani-berani je. Tetapi hakikatnye dlm kehidupan sebenar tiada keyakinan-keyakinan yang dimaksudkan.

Mungkin wajah ini dilakari dengan senyuman (sungguh puitis) di dalam gambar ataupun apabila berhadapan dengan orang ramai. Namun, di dalam hati, sentiasa dicubit atau ditampar dengan rasa malu, sdih, kecewa dan semuanya sifat yang dapat menggambarkan betapa melankoliknya diri ini
Seperti perbandingan gambar2 di bawah

Menunjukkan seorang manusia yang suka mengambil gambar dirinya sendiri (saje nk promote) dan hatinya yg sedang berteriak (digambarkan degan gmbr pak cik yg nangis ni).
Adakah ini membuktikan diri ini hipokrit? Kerana tidak menunjukkan sifat sebenar? Tetapi kalau ditunjukkan, adakah orang akan menghargai diri kita? Persoalan yang perlu dijawab namun diri ini mungkin tidak berani bereksperimen. Bahaya kerana bagi diri ini, sosial itu adalah elemen penting dalam kehidupan seseorang. Jika kita tersilap langkah, buruk kesannya terhadap kehidupan seseorang.

Hendak diceritakan tentang kehidupan-kehidupan di sini, sememangnya banyak namun tiada yang menarik. Sebab itulah kadang kala kita perlu mencipta cerita atau puisi bagi menggantikan kehidupan kita yang tidak seberapa menarik itu. (hentikanlah bersikap pesimis).

Sekian
Anonymous
Hatiku Menangis
Menghitung jari-jemari
Mengira hari berlalu
Pergi bersama linangannya
Gema dalam hatiku
Ibarat senja merah
Menangisi kepergian matahari
Tinggallah titisan noktah di ufuk bumi
Mengharapkan sinar baru
Keajaiban tanpa bandingan
Ya, imaginasi belaka
Pastinya muncul di seberang sana
Sinar biru kehijauan
Menyapa mesra di pangkal langit
Suatu masa yang paling berharga
Yang akan memujuk hatiku
“Berhentilah menangis,”

Asyik hasilkan sajak2 yg sedih n melankolik je
itu disebabkan idea bnyk dtg mase tgh sedih
Mase tgh happy xde idea2 camni