Anonymous
Aduhai Blog,

Setelah 19 thn hidup di atas muka bumi ni, sekarang baru terasa bagaimana hidup sebagai orang dewasa yang perlu menguruskan hidup secara berdikari terutamanya berkaitan dengan wang. Hakikatnya, bukan mudah hidup seperti orang dewasa dan baru kini terasa bagaimana peritnya mak dengan abah yang bertungkus lumus menyediakan duit yang secukupnya demi kehidupan keluarga yang lebih bermakna

Semalam menjadi batu penanda betapa risaunya saya apabila terpaksa membelanjakan sejumlah wang yang sebegitu banyak sedangkan duit di bank berteriakan meminta tolong supaya tidak lagi di sentuh. Namun, semalam memang suatu kejadian yang tidak dapat dielakkan.

Semalam merupakan hari yang begitu gembira kerana sejak sekian lama berada di Tucson, jarang untuk para pelajar Malaysia berkumpul bersama untuk berada di meja makan (kat restoran Malaysia pulak tuh). Malangnya, harga-harga makanan di restoran tersebut agak tinggi harganya dan perkara tersebut tidak dapat dielak kerana perutku yang meragam memaksa diriku untuk makan sahaja.

Hakikatnya, duit amat diperlukan untukku pulang ke Malaysia pada bulan Mei nanti dan sesungguhnya, perbelanjaan pada malam semalam sedikit sebanyak mempengaruhi planku untuk menabung (nk book ticket). Sukarnya hidup bersendirian.

Sebaliknya, peristiwa semalam dan juga hari-hari yang sebelumnya, memberi pengajaran yang bermakna kepada diri saya. Pengajaran yang boleh di guna pakai tatkala dewasa.
Pengjaran yang boleh digunakan sewaktu dikelilingi orang-orang berkemampuan. Terasa kecil pula, namun harus disedari, saya bukan keseorangan. Ramai lagi di luar sana yang tidak berumah.

Pengembaraan di LA membuka mata saya tentang istilah "bumps" dan "homeless". Di setiap ceruk kota LA yang kelam dan sunyi pabila mala, mereka berkeliaran mencari makanan dan sedikit wang. SUngguh sedih melihat mereka. Dan di Santa Monica juga menyentuh hatiku, apabila melihat seorang pak cik tua tidur di atas kerusi kesejukan. Pada ketika itulah, Athira (rakan yang baru ku kenali) menceritakanp pengalamannya bertemu seorang pak cik tua yang tidak berumah kerana tidak mampu membayar mortgage. Dan dia juga seakan-akan berputus asa apabila isterinya meninggal dunia. Malangnya lagi, hubungannya dengan anak-anaknya tidak utuh. Akhirnya, tinggal lah beliau berumah di jalanan.

Keadaan ini juga dapat dilihat di Tucson walaupun tidak sebanyak LA. Mungkin di Malaysia lebih teruk dan saya tidak menyedarinya. Beginikah kehidupan? Dan diharapkan jika perkara tersebut menimpa diri ini, saya tidak akan sekali-kali berputus asa dan mohon-mohon dijauhkan.

Sekian
2 Responses
  1. itisrajah Says:

    terasa kerdil bila bersama mereka yang besar.
    dan sebaliknya.
    kan?
    ape2 pon,tu la lumrah hidup.
    ade yg di atas.
    ade yg di bawah.
    tuh la yang mencorakkan kehidupan kite.
    chaiyok2,ikhwan!
    =)


  2. Anonymous Says:

    aah
    mmg pun
    tu la sebabnye kite kena terus mengembara
    bak kata al jawaher 'kembara berjalan bersendirian'