Anonymous
Aduhai blog,

Hari ini kembali ke laman web Kehidupanku. Web ini dicipta olehku bukan semata-mata untuk menulis diari dan memaparkan kepada para pembaca. Namun sekadar mahu berkongsi perkara-perkara yang membuatkanku teringat-ingat sepanjang hari.

Hari ini, merupakan hari yang normal bagi saya. Seperti biasa tanpa perkara menarik pada mulanya. Malah tertekan pula dengan matematik yg macam agak merepek dan pop kuiz geology yang membuatkan saya akan mendapat kosong. Kali ini benar-benar kosong. (tension!). Nampaknya selepas ni, kenalah berwaspada dan sentiasa mempersiap diri sebelum masuk kelas geo.(geram! camni susah nk dpt A)

Kemudian dalam kelas economics, pada mulanya seperti biasa. Tidak lama kemudian bertukar gamat. Professor yang kelihatan serius tetapi sgt pandai berlawak(terbaik!). Membuatkan saya tergelak dan tergelak sepeti baru pertama kali tertawa kat muka bumi ni. Sekurang-kurangnya menceriakan diri saya yang tertekan di sebabkan kelas geology.

Kemudian, berlakunya satu peristiwa yang akan terus kekal dalam ingatan saya sampai bila-bila. Setelah tamat kelas ecnomics, saya menuju ke UA MALL (taman kat campus) untuk menunggu shuttle dari tempat tinggalku. Sambil mendongak ke langit, muzik yang aku gemari diputarkan di telingaku oleh IPOD Touch yang saya sayangi. Malangnya, perut pula meragam bukan kerana hendak ke tandas tetapi kerana perut yang kosong. ok, kemudian seperti biasa, saya melihat orang sekeliling dan memerhatikan gerak-geri mereka (mmg satu hobi especially tgk org2 US yang mcm2 jenis. Lawa, gemuk, cantik, handsome, hodoh, matang, tough, sexy, gedik, etc.). Tiba-tiba mata saya terpaku pada seorang pelajar perempuan yang duduk di anak tangga pintu depan bangunan dengan anjing yang besar dan comel di sebelahnya.

Lama saya memerhatikan nya, dan dia nampaknya tidak memiliki penglihatan seperti orang-orang yang lain (buta). Ini bukan kali pertama saya ternampak beliau cuma sebelum ini selalu nampak kelibatnya di kereta OKU hak milik kampus. Dia kelihatan resah mungkin menanti ketibaan kereta tersebut. Hmmm. Mata saya tidak boleh terlepas daripada melihatnya. Dia resah. Dalam hati saya menyatakan, pastinya dia sudah terlambat untuk ke kelas seterusnya. Lantas perasaan simpati mencurah-curah. Jika dia sepertiku, dapat melihat seperti manusia-manusia yang lain, pastinya dia tidak perlu risau begitu. Malah boleh sahaja berlari-lari anak ke kelas seterusnya. Namun, kerana dirinya yang kurang upaya, semuanya menjadi sukar.

Kemudian, kereta tersebut tiba dan pemandunya mengiringi pelajar tersebut sambil tangan kirinya menuntun anjing tersebut dan berlalu pergi. Peristiwa ini, biasa sahaja namun begitu memberi kesan yang mendalam pada diri saya. Walaupun penglihatannya membatasi pergerakan, dia tetap bersemangat untuk mendapatkan pendidikan yang dia berhak miliki. Tanpa menghiraukan tanggapan orang ramai terhadap kekurangannya. Peristiwa ni benar-benar menyedarkan saya. Tiada apa-apa yang mustahil di dunia ini. Jika kita susah, ada orang lain yang lebih susah. Jadi berhentilah mengeluh. Saya perlu berhenti mengeluh dan mempersoalkan segala kekurangan yang ada pada diriku. Jika saya tiada teman rapat di kampus, pelajar tersebut hanya ada anjing kesayangannya sebagai teman. Jika dia ada sahabat sekalipun, dia tidak dapat menikmati wajah dan gerak-geri sahabatnya seperti yang saya dapat rasakan. Kesimpulannya, kita patut bersyukur.

Semakin jauh kita berjalan dan semakin dewasa kita di dunia, semakin banyak yang akan kita lihat dan semakin banyak yang akan mengajar kita erti kehidupan. Sekian
3 Responses
  1. botak Says:

    kesedaran yg bgus..
    aku pn dpt pengajaran yg sama..
    haha..
    jgn ade alasan....



  2. Egi Says:

    Good story Ihkwan, the real story I mean ^_^. I do agree that we should be grateful for anything we have, thanks Allah.